Tuesday, September 06, 2005
Posted at 10:50 am by virgogirl
Monday, September 05, 2005
esok genap umur aku 22 tahun
esok genap la umur aku 22 tahun adus dah tua dah aku nie semakin ari umur aku dah meningkat.... tapi aku bersyukur dapat hidup dialam fana nie sampai sekarang......
aku nak ucapkan terima kasih kepada semua terutama sekali kepada abah&mama aku kalau tak ader depa aku pun tak ader la.....pastu kat cikgu aku dari sekolah tadika sampai la kat ilp nie kalau tak ader dia orang aku nie tentu tak tau apa.... pastu kat kawan-kawan kalau tak ader korang tentu aku akan kesepian...... apa-apa pun za nak minta maaf la kat korang jikalau ader salah dan silap sepanjang hidup za nie.... korang halalkan la makan dan minum kalau za terminum ke apa ke halalkan la k......
petang semalam aku ngan Fazlina member sekolah aku dulu p melawat member aku yang sorang nie biasa la kami dulu memang kawan baik... p mana pun tiga orang ajer..... sekarang nnie dia dah kawin dah ader anak sorang pun satu tahu dah.... sekarang nie si fazlina tu pun dah tunang tinggal aku ajer yang tak ader apa-apa lagi.... syul & ina fauziah pun dah kawin ramai member sekolah aku yang dah kawin.... member perda nya ramai dah kawin aku bila lagi eekkkk.....
Mas, laila, mie semua korang nak kawin bila pulak aku rasa kita bagi kak intan la kawin dulu sebab dia kak kita eeee.... lupa aku kak amy la kawin dulu.... yeng la suria adik dia dah pun kawin la nie giliran dia la pulak kawin kan .....suria pun dah mengandung dah.... ooiiii mas laila, ko dah jadi makcik yang mie lak dah jadi pak cik.....
lapas nie syul & ina lak ader anak eemmmm ........ ok la tu....... nak tunggu aku lambat lagi la....
aku tak tau nak taip apa dah tadi aku type dah punya la panjang sekali hilang tu yang aku malas nie hilang habis idea aku apa apa tu happy birtday untuk aku esok........
eemmmmmm.........
"Happy Birthday to me tomorrow"
Posted at 05:29 pm by virgogirl
Monday, August 29, 2005
sedih nya tak dapat nak join reunion :(
Semalam member-member aku buat reunioun kat batu ferringiiiii tension betul laaaa tak lih join... kesian kat aku kan.. dah la lama tak jumpa depa semua...

GERAMMMMMMMMMM

eemm nak buat macam mana aku nie keje dah la tu duit dah habis ....... Hai bila pulak la aku lih join ngan depa eemmm.... nie yang buat aku jelous nie.... bila aku tengok gambar member-member aku kat circles nie yang buat aku membaran sampai hari nie.. bila la nak buat reunoin lagi macam tu...
Posted at 10:41 am by virgogirl
Thursday, August 25, 2005
aku ari nie aku bangun macam biasa la tapi sekarang nie yang boring kena makan ubat eee geram betul aku...
tambah pulak kaki aku nie sakit lagiiiii.... eee geram betul aku, bekas yang kena cucuk tempoh hari sakit lagi cabok punya doktor naksib baik handsom kalau tak memang aku tangan ajer... ari nie tak ader keje main game haiii lambat nya bulan sembilan
Posted at 01:22 pm by virgogirl
Sunday, August 21, 2005
KITE HIDUP UMPAMA 3 HARI:
KITE HIDUP UMPAMA 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik......
2. Nafas Turun.....
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:
1. Hidup dalam keredhaan Allah...
2. Hidup dalam kemurkaan Allah....
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka....
2. Kekal di dalam syurga.....
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang
ALlah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah
meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.
SEKIAN, ATAS DASAR INGAT MENGINGATI SESAMA SAUDARA...
Posted at 11:16 am by virgogirl
Tuesday, August 16, 2005
^kalau ku pilih disini bagai mana disana pulak^
ARI nie aku happy sebab aku dipanggil interview hari jumaat nie.Tapi tah la dapat ke tak kat syarikat tu... Apa-apa pun aku akan cuba.. MAsalah sekarang nie masalah besar ye la sekarang niekan za tengah pratikal macam mana nak buat kalau dapa
tak kan nak belah badan kot sebelah balik penang sebelah lagi kat alorstar nie.... aduh.. pening kepala macam nie....
macam man la nak buat kalau kawan-kawan simpati tolong la za nie.... za nak keje .........
pratikal nie tinggal satu bulan ajer lagi kalau boleh nak la keje tu tapi macam mana naak buat kalau dah murah rezeki tu ader pulak masalah nya nie yang buat sedih nie kalau ku pilih sini apa kata di sana kalau ku pilih dia sana aku tak dapat sijil habis apa aku nak buat sekarang....
tolong bagi cadangan kat za lih tak apa yang harus za buat sekarang kalau korang kat tempat za
Posted at 02:45 pm by virgogirl
Sunday, August 14, 2005
^oOo balik kampung OoO balik kampung^
^Ari boring ku... sabtu ang ahad nie mesti ari boring aku^
napa la ari nie boring sanggat. eemm macam boring ajer nak mai keje dah tau dah lagi pun nak chat pun taka der orang boring betul la... semalam aku dok ngan aida ajer kat umah yang lain semua balik kampung depa la... jadi kami dok dua laaaa... apa lagi tak yah masak kuar p beli kat kedai la.....
ari yang aku balik penang baru nie memang best gila.
- lih balik umah
- lih jumpa kak amy
- tiga lepak kat kem
- jumpa kak intannnnn tgk gambar kada dia la...
- empat suka ati aku la nak p mana pun
Za balik keje terus balik penang dari bandar baru nie kol 5.30 ptg sampai penang kot 6.30 petang aku bawa laju gilos .... pastu sampai ajer apa lagi makan la dah la tak makan satu ari bila lagi nak makan nasi mak kan hehehheheh asik kena masak sendiri ajer tambahan pulak mama masak tomyam lak makanan kegemeran aku la tu..... lepas makan tengok tv lama tak tengok tv al-maklum la tak ader TV kat umah sewa nak buat macam mana.
Bangun pagi tu Nurul adik aku tu lak buat manja nak suruh aku antar p sekolah jadi tak lih la aku nak bangun lewat dah la aku tidur kol 4.30 pagi bersembang ngan mama aku tah la apa yang aku cerita ngan mama aku tu aku pun tak tau,,, sampai tak sedar jam kol 4.30pagi... aku masuk bilik ingat nak tidur terus tapi tal lih nak tidur lak sampai la kol lima tiba-tiba aku terus tidur baru tidur korang bayangkan la tiba2 aku dengar suara adik aku kejutkan eeee geram sungguh aku kita dan la baru nak tidur dia lak suruh antar p sekolah eemmm ..... memandangkan aku nie kesian kat dia aku pun siap la p antar dia... rasa. dah antar tu rasa nak sambung tidur balikk tapi aku teringat lak nak p ambik borang keje MPPP jadi aku batalkan niat aku nak tidur balik aku gi mandi siap2 sebenarnya aku ader janji ngan kak amy sekali... nasib tunggu feri tak lama kalu tak lagi la boring .....
Sampai sana aku terus gi komtar sebab awal lagi nak p kat kak amy pun dia kuar rehat kol 12.15tgh jadi aku tgk jam bari kol 10.45pg lambat lagi aku terus la lepak kat komtar tu sorang2 boring gak tapi buat bodoh ajer nak buat macam na nak ajak kawan2 semua tak ader sapa la yang cuti ari jumaat nie pak we aku pun keje .,,... JAdi mahu tak mau aku p sorang la naik komtar aku terus gi kat pejabat MPPP ambik borang ..... 11 keping BEB banyak gilos tapi bukan tuntuk aku la semua tu... aku ambik untuk orang lain sama la... alang-alang aku dah mai ambik kan buat la pahala sama:)
Pas tu gi jumpa kak amy kat USM semakin comel kakak aku nie aju beb siap pakai baju kurung lagi tu yang tak tahan tu.... Yang Best nya masa tu Konvokesyen lak aku rasa macam aku ajer yang nak p ambik KOnvo tu tapi yang jelous nie dia orang dapat bungaaaa naaaakkkk bunga,, nak bunga.. nak bunga.... nasib baik la pakwe aku tak mai kalau tak nasib la kena la beli bunga kat aku heheheeh.....Tak dapat bunga pun tak pa Kak amy ku belanja makan Mc D.. sedap ooo makan orang belanja nie.....
APa-apa pun memang best la nanti aku balik aku gi jumpa ko lak k laila heheheh...... jangan marah la laila ooiiitt kesian ang aku janji lamadah nak jumpa last sekali kak amy juga yang dapat jumpa aku dulu apa-apa pun kalau umur panjang kita akan jum pa ...
ari nie lak aku chat ngan Abg Joe ala budak perda tu Dia kirim salam la kat semua budak PERDA oik Asalamauaikum jawab tau....
ok la dah nak balik nie jumpa lagi esok, esok rasanya best ko sebab kawan2 semua online ok wasalam....
Posted at 05:16 pm by virgogirl
assalamuaikum
lama tak type macam nie hehhehe... bukan apa malas la.... eemm tak ader apa nak type sama tapi memang tak puas hati la pasal jerebu nie naik geram gak kat orang yang tak tau bahasa nie.... korang tahu tak masa za balik penang ari tu ya allah .... sepanjang jalan orang bakar jerami... sampia tak nampak jalan memang patut pun jerubu mai kat utara nie .... eem sekarang nie makin teruk kat kawasan utara nie korang tahu malam pun tak nampak jalan akibat jerubu za memang tak puas hati laaaaa..... haaaaaaa boring la aku...
Posted at 10:11 am by virgogirl
Thursday, August 11, 2005
SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.
- Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
- Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
- Minumlah air rebusan bunga melor.
SAKIT KEPALA
- Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
- Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
- Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
- Makanlah daun pokok Peria atau
- Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
- Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
- Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
- Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
- Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
- Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
- Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau
- Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
- Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
- Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
- Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
- Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
- Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
- Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau
- minumlah rebusan akar pokok melor atau
- Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
- Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak
- Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
Posted at 03:13 pm by virgogirl
Wednesday, August 10, 2005
Musim jerebu datang lagi; Ada beberapa langkah kesihatan yang boleh di ambil:
1. Jangan keluar rumah tanpa alasan yang baik.
2. Kalau nak keluar pakai mask yang baik. with filters.. Others tak payahlah.
3. Banyak kan minum air., kurangkan bercakap dan mengumpat. Ini akan merehatkan petisuara anda.
4. Banyakkan berkumur kumur dengan air biasa suam dan campurkan sedikit garam seperti normal saline atau mana-mana ubat kumur di pasaran.
5. Bagi yang ada penyakit seperti asthma sediakan ubatan yang perlu atau berjumpa doktor segera untuk menerima rawatan seperti inhalers dan sebagainya.
6. bagi yang mempunyai penyakit hidung seperti allergy pakai masks yang sampurna dan gunakan spray steroid atau yang telah di berikan oleh doktor.
7. Pastikan rumah di mop dan bersihkan selalu, termasuk filter aircond. Boleh gunakan aircondition tetapi mesti bersih.
8. Air filters di galakkan tetapi selalunya tidak mencukupi.
9. Tutup tingkap rumah. ( panas sikitlah)
10. Elakkan makan di luar tempat terdedah seperti kedai mamak, kerana anda tak sedar anda terdedah kepada jerebu yang lama tanpa faedah.
11. Kurangkan masak pedas dan kari atau minum kopi kerana akan induce gastric dan menyebabkan inflamation pada kerongkong (reflux) lalu menerukkan kerongkong anda.
12. mandi selalu, (walaupun tanpa sebab) bersihkan badan.
13. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal kerana pendedahan yang teruk.
14. Kalau jerebu teruk cutikan anak anda dari sekolah tanpa menungu arahan kerana arahan selalunya lambat dan kesihatan anak anda di tangan anda bukan mereka.
15. MASA YANG BAIK UNTUK BERHENTI MEROKOK.
16. Sama sama berdoa agar malapetaka ini cepat pergi..
17. Simpan duit untuk berjumpa dengan doktor anda....
ada beberapa ubatan untuk sakit kerongkong yang biasa di gunakan:
1. STERIMAR normal saline spray. baik untuk membasuh hidung dan tekak
2. MENTHOL STEM INHALATION wap untuk mengeluarkan kahak
3. LOCABIOTAL ORAL SPRAY untuk sakit kerongkong tetapi dengan prescription doctors only.
4. DIFFLAM gargle mouth wash.
5. ANTIBIOTICS only when there is infection such as having fever and severe cough.
6. STEROIDS prescribe strictly by doctors only
Posted at 03:22 pm by virgogirl